Monday, 6 April 2015

Wahai Hati ♥

Wahai hati♡
.
Sungguh selalu rasa gelisah,
Entah mengapa sering diuji,
Namun bibirku jarang basah,
Dengan asma' Allah yang terpuji.
.
Lalu aku terfikir,
.
Begitu bongkak kita pada Allah,
Walau diuji kita buat tidak endah,
Tuhan itu tak juga kita kisah,
Sedarlah hati sudah jadi parah,
.
Sudah tahu lagi tercari,
Masih menafi hati meski jawapan pasti,
Merasa bongkak merajai hati,
Tidak mahu pulang pada cinta sejati.
.
Duhai diri apa sebenarnya yang kamu mahu,
Lagi masih bohong diri kamu,
Tahu yang kamu menjauh dari Tuhanmu,
apa lagi yang kamu tunggu?,
.
Wahai hati yang dipagar,
Bukalah hati agar tidak terus tersasar,
Jangan biar hidup terus rosak,
Kerana gelap kian menggasak.
.
Lekas bangkit duhai diri,
Cepatlah sedar duhai hati,
Jangan sampai alpa dek duniawi,
Akhirat nanti merana sendiri.
.
Usah biar hati didustai,
Zalim tercipta dari diri sendiri,
Tamparlah hati agar terjaga,
Kerna terlena sekian lama.
.
Bisikkan pada hati kecil,
Dunia ini cuma sementara,
Pesanlah pada diri yang kerdil,
Akhirat nanti kekal selamanya.


No comments:

Post a Comment