Wednesday, 8 April 2015

Kerana Iman💓

Mari kita renungkan

Kita ada mata, hebat mata, tapi hebat mata kita bila menangis dengan dosa kita

Kenapa orang tak boleh menangis ?
Kerana iman di dada

Kenapa orang boleh dengar tv berjam-jam tapi tak boleh dengar kuliah walau sejam 15 minit je. Kenapa ?
Kerana iman.

Ada orang dia boleh bercakap berjam-jam tapi dia tak boleh berzikir pada Allah walau 5 minit. Kenapa ?
Kerana iman.

Ada orang boleh baca paper satu-satu sampai habis. Tapi paginya dia tak boleh baca Quran walau 5 minit. Kenapa ?
Kerana iman.

Ada orang boleh berdiri untuk beli tiket bola sepak. Berpeluh-peluh boleh pergi market, berjalan, tapi dia tak mampu berdiri untuk solat subuh walau 5 minit. Kenapa ?
Kerana iman.

Ada orang dia pegang 50 ringgit, dirasakan besar ketika di dalam masjid tapi kecil nilainya ketika berada di pasar raya. Kenapa ?
Kerana iman.
.
"Cuba renung, faham iman kita"

                           -Kuliah Ust Abdullah Khairi-


No comments:

Post a Comment