Wednesday, 8 April 2015

Kerana Iman💓

Mari kita renungkan

Kita ada mata, hebat mata, tapi hebat mata kita bila menangis dengan dosa kita

Kenapa orang tak boleh menangis ?
Kerana iman di dada

Kenapa orang boleh dengar tv berjam-jam tapi tak boleh dengar kuliah walau sejam 15 minit je. Kenapa ?
Kerana iman.

Ada orang dia boleh bercakap berjam-jam tapi dia tak boleh berzikir pada Allah walau 5 minit. Kenapa ?
Kerana iman.

Ada orang boleh baca paper satu-satu sampai habis. Tapi paginya dia tak boleh baca Quran walau 5 minit. Kenapa ?
Kerana iman.

Ada orang boleh berdiri untuk beli tiket bola sepak. Berpeluh-peluh boleh pergi market, berjalan, tapi dia tak mampu berdiri untuk solat subuh walau 5 minit. Kenapa ?
Kerana iman.

Ada orang dia pegang 50 ringgit, dirasakan besar ketika di dalam masjid tapi kecil nilainya ketika berada di pasar raya. Kenapa ?
Kerana iman.
.
"Cuba renung, faham iman kita"

                           -Kuliah Ust Abdullah Khairi-


Monday, 6 April 2015

Boneka manusia 🍃

Jauh disudut sana,
Kau lihat seorang manusia,
Senyuman tak pernah pudar dari bibir.
Agaknya dia tak pernah sedih.

Kau silap.

Dalam dia sibuk menggembirakan hati manusia lain, di hati dia sudah penuh dengan luka. Ada banyak kisah yang sudah cukup bikin hati dia mati.

Tapi,

dia pilih untuk simpan segala kesedihan. Dia pancarkan senyuman buat manusia lain. Jua segala skrip lawak yang hanya bersifat hambar, dia tetap cuba untuk membuatkan orang lain gelak ketawa.

Orang macam dia,

Waktu yang disukainya, pada malam hari.
Pandangan mata yang sentiasa dilihat, ialah langit yang luas.
Keadaan yang dia senangi, pada waktu sunyi untuk dia termenung.
Jua tempat yang dia kekal setia berada, di sudut katil sambil memeluk tubuh kesejukkan.
Waktu itu, dia keluarkan segala kesedihan di jiwa dia.
Untuk membalas semula apa yang dia telah lakukan pada siang hari ;

Bohong pada diri sendiri.
Boneka manusia :')
                                                   -Yayah98-


Wahai Hati ♥

Wahai hati♡
.
Sungguh selalu rasa gelisah,
Entah mengapa sering diuji,
Namun bibirku jarang basah,
Dengan asma' Allah yang terpuji.
.
Lalu aku terfikir,
.
Begitu bongkak kita pada Allah,
Walau diuji kita buat tidak endah,
Tuhan itu tak juga kita kisah,
Sedarlah hati sudah jadi parah,
.
Sudah tahu lagi tercari,
Masih menafi hati meski jawapan pasti,
Merasa bongkak merajai hati,
Tidak mahu pulang pada cinta sejati.
.
Duhai diri apa sebenarnya yang kamu mahu,
Lagi masih bohong diri kamu,
Tahu yang kamu menjauh dari Tuhanmu,
apa lagi yang kamu tunggu?,
.
Wahai hati yang dipagar,
Bukalah hati agar tidak terus tersasar,
Jangan biar hidup terus rosak,
Kerana gelap kian menggasak.
.
Lekas bangkit duhai diri,
Cepatlah sedar duhai hati,
Jangan sampai alpa dek duniawi,
Akhirat nanti merana sendiri.
.
Usah biar hati didustai,
Zalim tercipta dari diri sendiri,
Tamparlah hati agar terjaga,
Kerna terlena sekian lama.
.
Bisikkan pada hati kecil,
Dunia ini cuma sementara,
Pesanlah pada diri yang kerdil,
Akhirat nanti kekal selamanya.


Apa yang kita cari atas dunia? :')

Sebenarnya apa yang kita cari diatas dunia.
Bangga mempamerkan aurat, hingga para lelaki terliur melihat kecantikanmu tanpa cacat?
.

Sebenarnya apa yang kita cari diatas dunia..
Bangga berhijab moden pelbagai gaya, beli pakaian bagai pesta hingga lupa memberi sedekah kepada yg mengemis?
.
 
Sebenarnya apa yang kita cari diatas dunia.
Bangga berhijab syar'i, membekali ilmu menceramahi orang sana sini, tanpa sadar bahawa berhijab hanya untuk beribadah kepada sang ilahi?
.
  
Sebenarnya apa yang kita cari diatas dunia.
Bangga akan hapal surah Al Qur'an 30 juz, memiliki suara merdu mendayu hingga dapat pujian hingga lupa mengamalkan segala isi surah yang berhembus.
.
  
Sebenarnya apa yang kita cari diatas dunia.
Bangga akan pangkat dan pekerjaan yang jarang dimiliki orang, lulusan u terkenal yang menjulang, hingga tiada ingat smua itu hanyalah sebuah ujian.
.
 
Sebenarnya apa yang kita cari diatas dunia..
Bangga akan sholat 5 waktu, bersedekah tiada gagal, puasa pun tiada layu, hanya mengharapkan redha manusia tapi lupa mrngharapkan redha Allah ta'ala.
 
Sebenarnya apa yang kita cari diatas dunia..
Bangga akan kulit putih merona, wajah cantik tiada tara, senyuman bak buah delima, selfie sana sini..wajah diedit secantik mungkin , hingga lupa Allah melihat kita bukan krn rupa melainkan amalan saja.
   
Segala apa kebaikan didunia.
Lakukan dengan ikhlas tanpa mengharap pemuja.. Tiada yang lebih indah pujian dari sang Allah ta'ala.
Tiada yang lebih ikhlas pujian nya dari sang Allah azza wajalla.
Mulai saat ini. baiknya bertanya pd diri, adakah ini semua menjadikan aku seorang tawadhuk?


Saturday, 28 March 2015

Mukadimah♥



     Buat pertamanya aku menggunakan blog. Satu perkara yang baru dalam hidup. Actually, aku mula minat nak ada blog sendiri pun sebab kakak kesayangan aku ni haaa. Tertarik dengan blog dia. Tulah teringin nak ada blog sendiri.
      Btw, I want to introduce myself first, ismi ukhti yayah. Panggil yayah jer. Dekat sekolah nama glamour aku dayah. Tapi aku tak minat sangat org panggil aku dengan panggilan 'dayah' sebenarnya. Aku lebih suka org panggil aku yayah. Org tertentu jer aku tau kenapa aku tak suka sangat org panggil aku dengan panggilan 'dayah'. Apa2 pun, im 17's now! Spm spm. Doakan baik2 buat diriku ini cewah! Usaha sungguh2. Doa dan tawakal :') InsyaaAllah.
     Cukup sampai disini sahaja mukadimah aku yang teramat pendek ni. That's all. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri sendiri. See ya! To next entry♡